Costa dan McCrae membahagikan personaliti manusia kepda 5 jenis utama. Eysanck dan Carl pula membahagikan kepada 3 jenis. Pembahagian pesonaliti manusia ini dilakukan sama ada secara manual atau melalui analisis psikometrik. Pembahagian personaliti manusia berdasarkan tingkah laku zahir iaitu sama ada seseorang itu mudah bergaul (ekstrovert) atau pendiam (introvert)mungkin kurang sesuai kerana ianya boleh berubah. Seseorang yang pendiam mungkin dapat mengatasi kelakuan ini dan menjadi mudah bergaul.
Tidak ada satu teori yang mutlak tentang berapa banyak jenis personaliti manusia. Namun, 2 perkara adalah pasti iaitu setiap manusia adalah unik dan sikap manusia dapat berubah-ubah. Maka, dapat dikatakan menetapkan nilai kepada jumlah personaliti atau menentukankan personaliti seseorang secara tepat adalah suatu yang hampir mustahil. Menurut
0 Comments
Saya pun baru tahu saya seorang individu yang ambivert. Ha, manatahu bloggers ada sifat personaliti yang berada diluar jangkaan ? Sambil santai-santai, jom cuba ujian personaliti ini !
Jangan lupa klik ujian dibawah ! Feel free to share your answer dear bloggers ! <3 Menurut Carl Jung (1875-1961), personaliti individu boleh diklasifikasikan kepada 3 kumpulan :
##EKSTROVERT ##INTROVERT ##AMBIVERT ## EKSTROVERT Individu yang digolongkan ke dalam kumpulan ini biasanya menonjolkan ciri-ciri seperti relaks, gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau gemar akan aktiviti-aktiviti luar, mudah bercakap, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan. ## INTROVERT Individu yang disifatkan sebagai introvert pula menonjolkan ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang terkawal dan kurang bersedia untuk menanggung risiko. ## AMBIVERT Bagi individu-individu yang mempunyai trait-trait personaliti yang sukar digolongkan sebagai introvert atau ekstrovert, maka mereka boleh disifatkan sebagai ambivert. Ambivert mempunyai trait-trait seorang ekstrovert dan introvert. Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara kesuluruhan. Ini merangkumi pelbagai aspek seperti berikut : ** Perangai ** Kecerdasan ** Sentimen ** Sikap ** Minat ** Kepercayaan ** Cita-cita ** Nilai-nilai Personaliti seseorang individu dibayangkan oleh tensensinya untuk bertingkahlaku mengikut suatu cara tertentu. MISHEL (1968) Pada pandangan Mishel personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing. Ini bermaksud segala kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dapat mengambarkan personaliti mereka yang sebenar. ALLPORT (1961) Allport pula mendefinasikan personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Dinamik membawa maksud perubahan yang boleh berlaku di dalam kualiti tingkah laku seseorang individu. Organisasi membawa implikasi bahawa semua trait seperti kerajinan, kesabaran dan daya tuju adalah saling berkait. Sistem psikofizikal pula merujuk kepada tabiat, sikap, nilai, kepercayaan, kebiasaan, emosi dan sentimen yang terdapat dalam bentuk psikologi tetapi yang mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf dan tubuh badan. HANS EYSENCK (1981) Menurut Eysenck pula personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya. KAGEN,J & SEGAL,J (1988) Kagen, J dan Segal, J mentakrifkan personaliti sebagai corak kesuluruhan seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berzikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya. WATSON (1919) Watson berpendapat bahawa personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang dan behaviorisme. Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Soalan ini kerap kali ditanya oleh seseorang apabila membincangkan mengenai personaliti. Adakah personaliti ini mempunyai kaitan dengan tingkah laku manusia ? Tajuk personaliti ini kami akan mengupas mengenai konsep personaliti yang sebenar berdasarkan daripada pendapat-pendapat beberapa ahli psikologi yang terkenal seperti Alder, Crow and Crow dan sebagainya Selain itu kami akan mengkaji mengenai perbezaan di antara personaliti, watak dan trait. Disini kita akan mengetahui sama ada personaliti, watak dan trait adalah berbeza ataupun merupakan satu konsep yang sama. Personaliti juga dapat diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang utama iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert yang juga akan dibincangkan. Kami juga akan melihat mengenai teori psikoanalisis yang telah diasaskan oleh Sigmund Freud dan membincangkan mengenai perkembangan personaliti berdasarkan teori psikoanalis serta aplikasi teori ini di dalam bilik darjah dimana semua guru harus mempraktikkannya. Kami juga akan membincangkan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti dan bagaimanakah faktor-faktor ini mempengaruhi personaliti seseorang. Diharap sedikit sebanyak perkongsian ini dapat memberikan kefahaman terhadap konsep personaliti yang sebenar serta diharapkan kajian ini juga dapat membantu bakal pendidik untuk mengaplikasikan konsep personaliti ini didalam proses pembelajaran agar falsafah pendidikan kebangsaan dapat diteruskan untuk generasi yang akan datang.
|
" Most creative people tend to be both introvert and extrovert " |