Kelas tutorial kali ini menfokuskan tentang berkaitan serba sedikit mengenai kelas kuliah teknologi pendidikan pada minggu lepas. Kami berbincang dan memberikan pendapat dan berkongsi pengalaman mengenai media tradisional dan media moden dalam proses pembelajaran dan pemudah cara (PdPc) yang kami ketahui. Kami juga diberikan ruang dan sedikit masa untuk membuat pencarian dan penambahan maklumat mengenai 2 jenis media tradisional dan moden ini di pelbagai laman sesawang. Setelah itu, kami dapat merumuskan secara keseluruhan perbezaan dan persamaan setiap media tersebut. Media tradisional yang agak kurang digunakan pada era ini juga mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, begitu juga bagi media moden yang sudah digunakan secara meluas di institusi-institusi mahupun sekolah-sekolah pada ketika ini. Perbincangan interaktif dan menarik bersama pensyarah telah kami jalankan pada hari ini untuk berbincang dan berkongsi pendapat mengenai kedua-dua jenis media ini.
Pada minggu ke-4. kami didedahkan dengan topik Fotografi. Pendedahan awal dan umum juga telah dilakukan pada kelas kuliah Teknologi Pendidikan dan diterangkan lebih lengkap dan terpeinci dalam kelas tutorial. Melalui kelas tutorial pada hari ini, pada awal topik kami diperkenalkan dengan reka bentuk dan perincian jenis-jenis kamera. Daripada kamera yang dahulu sehingga sekarang. Seterusnya, kami didedahkan dengan jenis-jenis lensa kamera, terutamanya bagi kamera DSLR dan SLR. Perincian lensa juga diterangkan iaitu dari segi apatur, shutter, flash exposure dan banyak lagi selain pelbagai aksesori kamera juga diperkenalkan. Setelah itu, teknik-teknik dan kemahiran menghasilkan foto yang menarik juga diajar. Teknik-teknik tersebut adalah :
Minggu ke-5 kami diperkenalkan dengan aplikasi interaktif Aurasma. Kami diajar tentang kaedah penggunaan aplikasi tersebut dengan menggunakan kad / buku yang mencetuskan video yang telah disambung bersama gambar yang sama pada kad / buku tersebut. Apabila telah didedahkan oleh cara penggunaan Aurasma, kami mula diajar langkah-langkah menghasilkan video menggunakan aplikasi Aurasma tersebut secara sistematik. Terdapat juga beberapa video hasil daripada aplikasi Aurasma yang ditunjukkan oleh pensyarah supaya menggalakkan lagi idea kami untuk menghasilkan sekurang-kurangnya satu buah video. Menurut pensyarah, selain menggunakan aplikasi yang lazim untuk menyunting video seperti Movie Maker, Viva Video, Powtoon, Movavi dan sebagainya, Aurasma adalah salah satu aplikasi penyuntingan video yang agak berbeza daripada aplikasi yang lain. Setelah berjaya mempunyai akaun Aurasma, kami boleh melaksanakan video menggunakan aplikasi ini secara individu dan boleh menguji keberhasilan setiap hasil video masing-masing.
|
|