Assalamualaikum . Tugasan individu rekabentuk kulit buku memberikan peluang kepada saya untuk memperkenalkan negeri saya sendiri dalam penghasilan Coffee Book saya. Coffee book tersebut memuatkan 17 gambar yang telah ditangkap oleh saya sendiri. Penjelajahan saya ke Melaka membawa saya kepada tempat-tempat dan makanan yang menarik yang ada di Melaka, negeri Bandaraya Bersejarah. Gambar pertama pada buku Fotografi. Beca adalah sangat signifikan melambangkan Melaka. Kota A' Famosa Buah Melaka Pokok Melaka yang mewujudkan nama Melaka sempena sejarah Parameswara berehat di bawah Pokok Melaka, sebuah pohon yang rendang. Melaka River Cruise ***Cendol jangung dan cendol pulut gula Melaka Melaka juga mempunyai variasi makanan tradisional yang sinonim dengan Melaka. Sebut sahaja Melaka, pasti teringat cencaluk, belacan bergantungan, sagun, cendol gula Melaka dan pelbagai lagi. Melaka, negeri Bandaraya Bersejarah masih lagi mengekalkan pembuatan kraftangan. Malah, produk-produk kraftangan masih popular dalam kalangan pelancong.
0 Comments
|
Categories |